Modul 4: Pekerja Perladangan Sawit

Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 2014, terdapat 451,507 buruh yang bekerja di sektor perladangan sawit di Malaysia. 78% daripada jumlah ini merupakan warga asing yang majoritinya bekerja sebagai penuai dan pengumpul buah tandan segar (FFB). Ladang kelapa sawit berskala besar banyak bergantung kepada pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Kemboja dan India.

Kurang perhatian diberikan kepada hak buruh, walaupun penganiayaan buruh yang berleluasa termasuk upah yang tidak mencukupi, buruh kanak-kanak dan perdagangan manusia, berlaku di seluruh dunia.

RSPO telah menetapkan dalam Prinsip 6 dalam Prinsip & Kriteria 2018 tentang penghormatan hak dan syarat pekerja bagi memastikan keadaan kerja dan tempat kerja yang selamat dan mesti dipatuhi oleh industri.

Kriteria dalam Prinsip 6 terdiri daripada yang berikut:

  • 6.1 Sebarang bentuk diskriminasi adalah dilarang.
  • 6.2 Gaji dan keadaan kerja untuk kakitangan dan pekerja serta pekerja kontrak akan sentiasa memenuhi sekurang-kurangnya piawaian minimum perundangan atau industri serta cukup untuk menyediakan sara hidup yang mencukupi (Decent Living Wage).
  • 6.3 Unit pensijilan menghormati hak semua kakitangan untuk membentuk dan menyertai kesatuan sekerja pilihan mereka dan untuk penawaran bersama secara kolektif. Di mana hak untuk kebebasan berpersatuan dan penawaran kolektif dibataskan di bawah undang-undang, majikan memudahkan cara-cara untuk berpersatuan secara berdikari dan bebas dan untuk semua kakitangan tersebut.
  • 6.4 Kanak-kanak tidak diambil bekerja atau diekploitasi.
  • 6.5 Tidak ada gangguan atau penganiayaan di tempat kerja, dan hak-hak reproduksi adalah dilindungi.
  • 6.6 Tiada sebarang bentuk buruh paksa atau pemerdagangan buruh digunakan.
  • 6.7 Unit pensijilan memastikan bahawa persekitaran kerja di bawah kawalannya adalah selamat dan tiada risiko kepada kesihatan.

Pihak Ecological Observation and Wetlands Conservation (ECOTON) dengan kerjasama BothENDS, Lembaga Studi & Advokasi Masyarakat (ELSAM) dan Lembaga Gemawan telah menghasilkan sebuah video infografik mengenai Hak Pekerja Ladang Sawit berdasarkan Prinsip dan Kriteria RSPO 2018. Sila tukan butang CC untuk aktifkan sari kata Bahasa Melayu, Inggeris atau Indonesia jika perlu.

Infografis Hak Buruh Perkebunan Kelapa Sawit Berdasarkan Prinsip & Kriteria RSPO 2018.
Kampung Mesra Kanak-Kanak Di Perladangan Sawit dengan pensijilan RSPO di Indonesia.

Bahan bacaan: