Modul 6: Mekanisme Aduan dan Rayuan RSPO

Sistem aduan adalah proses yang adil, telus dan saksama bagi mengendali dan menangani aduan terhadap ahli RSPO. Walaupun begitu, ia tidak bertujuan untuk mengganti undang-undang dan sistem yang berkuatkuasa.

Tujuan Sistem Aduan

  1. Membantu RSPO dalam menangani aduan-aduan terhadap mana-mana ahli RSPO.
  2. Memastikan bahawa sebarang dakwaan tentang pelanggaran Dokumen Utama RSPO dapat diselesaikan secara adil, saksama dan telus.
  3. Melindungi integriti dan kepercayaan terhadap RSPO.

Prosedur Aduan dan Rayuan RSPO

Anda boleh menghantar aduan secara online di https://rspo.secure.force.com/complaintform.

Selain itu, anda boleh memuat turun Borang Aduan dan emelkan kepada complaints@rspo.org. Sila baca semua maklumat yang berkaitan sebelum mengemukakan aduan. Sila layari https://askrspo.force.com/Complaint/s/ untuk makluman lanjut.

Anda boleh menjejak kes anda secara online di https://askrspo.force.com/Complaint/s/casetracker.


Muat Turun: