Program Pendampingan RSPO

Program Pendampingan RSPO dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman mekanisme/sistem RSPO dan akses masyarakat tempatan di Sarawak. Program ini membantu untuk membina kapasiti dan merapatkan jurang di antara organisasi perantaraan (IMO) dan kumpulan sasaran; masyarakat tempatan dan komuniti orang asal, pekebun kecil, kumpulan wanita dan kanak-kanak dan pekerja perladangan sawit yang tinggal di dalam atau berdekatan dengan ladang konsesi ahli RSPO di Sarawak.

RSPO Outreach Program is organised to improve understanding of RSPO mechanism and increase its accessibility among local communities in Sarawak. The program helps to build capacity thus bridging gaps between intermediary organisations (IMO) and the intended target audience, i.e., local and indigenous communities, smallholders, women and children’s groups and plantation workers living in or nearby plantations owned by RSPO members in Sarawak.


Setakat ini, kami telah mengadakan Program Pendampingan RSPO di sepuluh buah kampung/rumah panjang di sekitar bahagian Miri, Bintulu dan Sibu. Kami ingin berterima kasih atas penglibatan dan kerjasama mereka bagi menjayakan program ini. Semoga program ini bermanfaat bagi pihak-pihak yang terlibat.

Di bawah merupakan bahan dan modul yang kami gunakan dalam Program Pendampingan RSPO. Bahan-bahan ini adalah percuma dan bebas dikongsikan oleh mana-mana pihak yang berminat.

Modul Program

sila klik butang-butang di bawah untuk info lanjut


Program Pendampingan RSPO

Kumpulan Sasaran:
Komuniti Tempatan, Orang Asal, Pekebun Kecil Bebas dan Pekerja Ladang