Kesihatan

ARTIKEL 25 (1) Setiap orang berhak memiliki kualiti kehidupan yang dapat menampung kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain, dan hak perlindungan jika berlakunya pengangguran, menghidap penyakit, kekurangan upaya, kehilangan pasangan, usia tua dan kekurangan hidup lain di luar jangkaannya. (2) Ibu-ibu dan kanak-kanak berhak mendapat bantuan dan penjagaan istimewa. Kesemua kanak-kanak, termasuklah anak yang dilahirkan di luar ikatan pernikahan, mendapat perlindungan sosial yang sama.

ARTICLE 25 (1) Everyone has the right to a standard of living adequate for the health and well-being of himself and of his family, including food, clothing, housing and medical care and necessary social services, and the right to security in the event of unemployment, sickness, disability, widowhood, old age or other lack of livelihood in circumstances beyond his control. (2) Motherhood and childhood are entitled to special care and assistance. All children, whether born in or out of wedlock, shall enjoy the same social protection.


%d bloggers like this: