Reformasi Pilihanraya & Parlimen

Mampukah Parlimen berperanan semula? (29 April 2021)

Tiba masa kerajaan kembali ke Parlimen dan membina semula institusi ini agar ia benar-benar berkesan untuk mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik berbanding menekan Parlimen sehingga ia boleh menjejaskan prinsip asas demokrasi negara dalam tempoh jangka masa yang panjang. Suka atau tidak, Parlimen merupakan jantung kepada demokrasi negara dan ia adalah perkhidmatan penting untuk memastikan nasib setiap rakyat terbela dan kepentingan negara dipertahankan.

Demokrasi Reformasi Pilihanraya & Parlimen

Parlimen belum juga guna teknologi setelah pandemik (24 Januari 2021)

Kita harus akui Parlimen Malaysia masih jauh dalam mengadaptasi persidangan Parlimen secara maya. Usaha mengadaptasi teknologi kepada institusi Parlimen perlu diperbahaskan secara rancak. Ia tidak seharusnya tertumpu kepada krisis hari ini, tetapi melihat kepada persediaan Parlimen untuk menempuh cabaran pada masa hadapan. Peristiwa pihak kerajaan meminggirkan peranan Parlimen sewaktu pandemik tidak boleh diulang lagi agar ia tidak menyusahkan generasi akan datang.

Reformasi Pilihanraya & Parlimen

Peruntukan parlimen dipinggirkan Belanjawan 2021 (18 November 2020)

Dalam keadaan sekarang, ahli parlimen perlu mendesak kerajaan untuk menambah peruntukan parlimen dengan mengurangkan dana yang diterima oleh Jabatan Perdana Menteri, Jasa dan ‘penggerak komuniti tempatan’, yang secara prinsipnya tidak menghormati peranan institusi berparlimen yang kini ditekan oleh kerajaan PN. Jika tindakan ini gagal dilaksanakan, maka ia akan menggugat fungsi demokrasi berparlimen dan kebebasan parlimen akan diperkecilkan oleh pihak eksekutif untuk masa hadapan.

Reformasi Pilihanraya & Parlimen

Mampukah Parlimen Malaysia menjadi lebih baik? (11 Ogos 2020)

Matlamat Parlimen Malaysia untuk menjadi “parlimen yang baik” tidak cukup. Sebaliknya, Parlimen perlu menjadi institusi yang lebih baik daripada hari ini, demi manfaat rakyat dan generasi pemimpin masa hadapan. Jika Parlimen masih ditakuk lama, maka institusi ini akan terus menjadi alat politik pemerintah dan gagal mempertahankan kepentingan rakyat untuk berhadapan ‘normal baharu’, yang tidak memberi sebarang jaminan pada masa hadapan.